Sedikit kepuasan apabila melihat kerja-kerja yang ku uruskan hampir selesai... Kalau nak diikutkan banyak lagi yang boleh dibuat... Namun apakan daya semuanya dalam kotak angan-angan je... Bukan rumah kita yang boleh buat ikut selera kita. Secara jujur aku rasa perubahan dari sekolah ke kolej belum nampak secara fizikal. Banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan.... Tugas siapa ye ??? Teringin juga untuk membantu tapi urusan kurikulum yang diletak di atas batu jembala pun tak selesai lagi.
Aku sempat berbual-bual dengan pekerja-pekerja yang sedang buat kerja tu. 3 orang semuanya. Yang seorang tu, Fairus namanya. Nampak bersungguh-sungguh kerjanya. Tanya dia tak de cuti ke hujung minggu ni. "Sabtu Ahad pun kami kerja kak" keluhnya. " Tak pe lah... dapat gaji triple untuk hujung minggu" jawab ku cuba memujuk. Tersenyum Fairus mendengar jawapanku. Fahamlah aku apa maksudnya.
Triple.... itulah nilai hujung minggu. Baik kita berkerja atau bersama keluarga di rumah. Hujung minggu amat bernilai. Lantas adakah kita meletakkan hujung minggu yang bernilai iu di tempat yang sepatutnya? Jika di rumah.... adakah kita sibukkan diri kita dengan kerja-kerja rumah sahaja??? Bagaimana dengan anak-anak? Kadang-kadang kita kita lebih banyak melayan rumah dari anak-anak sewaktu hujung minggu. Teringat kata-kata Nursaadah , anakku yang berada di tahun 1 apabila melihat aku sibuk menggosok baju petang tadi. " Besok mama sibuk nak mop rumah pulak!". "Memanglah.... kita kan orang perempuan... kenalah buat kerja-kerja rumah", jawabku cuba memberi kefahaman kepadanya. Prihatin juga dia rupanya.
Terfikir juga untuk mengambil house maid untuk hujung minggu. Kawan-kawan kata RM50 sehari. Nak ke tak nak ambil ye??? Kena fikir dulu nilai RM50 sehari yang dibayar tu tertampung tak dengan nilai keberadaanku dengan anak-anak.... Orang kata duit boleh dicari...
Malam hari menyandat sotong
Pergi dengan anak Pak Lebai
Nak buat sesuatu kena fikir rugi untung
Jangan pulak kampung tergadai
Kampung tergadai tidak mengapa
Asalkan maruah terus terjaga
Belailah anak ketika masih di depan mata
InsyaAllah merekalah pembela di hari tua
No comments:
Post a Comment