Bagaimana benih yang ditanam , begitulah hasil yang dituai.
15, 793 calon SPM 2012 telah mendapat A untuk semua matapelajaran yang diambil. Itulah maklumat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran. MasyaAllah makin ramai orang pandai di Malaysia ni rupanya. Rata-rata pelajar muslim yang ditemubual menyatakan bahawa mereka mengamalkan baca Quran, dan solat hajat sejak awal lagi. Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Alhamdulillah.
Melihat reaksi semua pihak, pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat umum, teringat saya kepada program Transformasi Pendidikan Vokasional. Nampaknya tenggelam sekejap semangat melahirkan tenaga separuh mahir melalui kolej vokasional. Manakan tidak , tumpuan diberi kepada GPS sekolah dan pelajar yang mendapat straight A. Lantas seorang guru saya bertanya. Macamana kita nak menilai prestasi pelajar KV?
Penilaian terhadap pelajar KV perlu dibuat dari beberapa sudut. Pencapaian akademik sudah menjadi faktor sekunder menentukan kejayaan mereka. Sahsiah pelajar dan kebolehpasaran mereka di bidang masing-masing jadi penentu.
Sebenarnya kedua-dua bidang pendidikan ini mempunyai objektif dan kelebihan masing-masing. Aku yakin semua dasar dibuat untuk kepentingan negara. Memang ada kelemahan di sana sini. Namun apa yang penting bagi seorang pensyarah yang telah 'sign' mati Yang Menurut Perintah, maka aku perlu mencuba sehabis baik bagi memastikan anak-anak didik KV akan menjadi insan berkualiti. Tidak ada jalan lain jika aku mahu rezekiku berkat.
Berusahalah untuk menanam benih terbaik bagi ladang kita kerana kita akan bangga dengan hasilnya. Anak-anak didik kita adalah amanah dan punca kita mendapat rezeki. Maka mohonlah keberkatan rezeki dengan meminta kekuatan dar Yang Maha Esa untuk sentiasa melimpahi diri kita para pensyarah istiqamah dalam 'menta'adib' mereka.
No comments:
Post a Comment