Pelancaran Ihya' Ramadhan telah dijalankan di sekolah pada hari ini. Simple but sweet. Tazkirah ringkas dari Ustaz Mohd Farhan menyebabkan saya berfikir... mampukah aku menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan lalu.
Sehari dua lagi umat Islam akan menjalanik kursus secara intensif. Sewajarnya kita memiliki objektif yang ingin dicapai selepas menghadiri kursus tersebut. Saya yakin kita semua memiliki azam yang tinggi untuk menjadikan diri kita lebih baik setelah mengikuti kursus selama sebulan..... lama tu. Lantas bagaimana kita menyambut permulaan Ramdhan ini ye?
Teringat saya praktis yang dijalankan oleh salah seorang rakan saya. Dia akan memastikan rumah dikemas dan persiapan dibuat sebelum Ramadhan menjelma. Bak kata orang macam nak sambut raya sebab nak sambut bulan penuh keberkatan.
Anak-anak semestinya sudah mula merasa agak resah... maklumlah tak dapat makan pada waktu siang. Teringat saya kisah berpuasa sewaktu sekolah rendah dulu.... Puasa penuh selalu, tuang bukan sekali. Tapi itu waktu masih kecil. Maklumlah nak kena kayuh basikal berkilometer jauhnya. Dalam perjalanan balik.... adalah kesempatan yang diambil. Masa tu tak faham lagi maksud ihsan.
Wahai Tuhan Rabbul Jalil. Berikanlah aku , kaum keluargaku dan anak-anak didikku kekuatan untuk mengimarahkan Ramadhan dengan sebaiknya.