Tulis ini kutujukan buat anak-anak didik 5 PD 6 tahun 2013;
Sebagai seorang guru sudah sememangnya tugas mengajar matapelajaran yang ditetapkan itu satu kewajipan yang menghalalkan rezeki yang aku terima. Insaf diri sebab aku belum berjaya mendidik anak-anak murid sebagaimana para ulama mendidik anak murid mereka. Bila diingat semula, rasa berdosa menyelubungi diri kerana tidak menyampaikan ajaran nabi sewaktu sesi pengajarn dijalankan. Yang selalu berlaku, sebelum masuk ke dalam kelas, semangat berkobar-kobar untuk berkongsi ilmu Allah yang sedikit derngan anak-anak. Walaubagaimanapun, semanagat itu luntur apabila menjejak kaki ke dalam kelas. Mungkin juga karenah mereka yang selalu menghilangkan mood aku untuk menjadi murabbi.
Sebenarnya, dalam banyak hal, aku yang salah. Sebagai remaja, sememangnya mereka masih memerlukan tunjuk ajar untuk meneruskan liku-liku hidup yang semakin mencabar ini. Walaubagaimanapun, apabila 'sentuhan' yang dibuat berkali-kali tidak mendatangkan kesan, naik angin juga aku dibuatnya. Hari ini aku agak marah dengan kelas tingkatan 5 yang aku ajar. Manakan tidak, bahasa sindiran tidak difahami, cakap terus terang tidak dipatuhi. Bukan tujuan aku mendabik dada bahawa akulah orang yang terbaik untuk mengajar mereka. Tapi kalau dah tahu tidak dapat menguasai sesuatu topik, buatlah sesuatu. Ini tidak segala tips yang aku kongsikan untuk mereka, dipandang sebelah mata pun tidak.
Sudah menjadi tabiatku, kemarahan di dalam kelas akan membuatkan diriku tidak tenang. Alhamdulillah Allah masih kurniakan rasa tidak selesa dengan perkara buruk yang ku lakukan. Aku mula 'membelek-belek' apakah perkataan yang keluar dari mulutku ketika 'angin' tadi. Doa ku panjangkan agar segala perkataan yang kurang elok dipertuturkan pada ketika itu tidak menjadi kenyataan. Terlajak perahu boleh diundur.... kalau dah terlajak perkataan.... sendiri mahu tahu. Tapi aku rasa , 'taring' itu perlu ditunjukkan sekali sekala. Bagaimana kita mahu menunjukkan taring, terpulang kepada kreativiti. Apa pun yang kita lakukan pulangkan semuanya kepada yang empunya hati anak-anak itu. Kesedaran di sanubari anak-anak itu bukan di bawah kawalan kita.
Insaf dengan kedudukan bangsa kita yang seperti melukut di tepi gantang, aku rasa cukup sedih dengan tingkah laku kebanyakan anak bangsa sendiri yang tidak kisah sangat dengan pelajaran dan akhlak. Setiap hari ada sahaja 'onar' yang dilakukan sehinggakan aku mula dengan rakan guru dari bangsa lain.
No comments:
Post a Comment